“Jom sembang politik!”
Apakah perasaan anda ketika mendengar penyataan ini?
Tak sabar nak kongsi pendapat?
Tak sabar nak dengar pendapat?
Adakah tidak sembang tentang politik menunjukkan kita tidak peduli hak-hak kita ataupun masa depan anak-anak kita?
Politik tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan. Kerana apa yang berlaku dalam dunia politik akan beri impak dalam hidup kita.
Namun tahukah anda, sebagai seorang muslim anda juga mempunyai tanggungjawab terhadap pemimpin-pemimpin anda?
Sebagai penutup untuk musim pertama The Barakah Effect Podcast ini, kami kembali dengan edisi Bahasa Melayu untuk mengupas topik yang selalu menjadi perbualan hangat.
Jom sembang!